BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 16, 2009

setan yg dua

dikau jijik
akal mu busuk
kata mu hamis

tiang agama
kau bersandar
kau bermegah

cemar tiang agama
cemar dgn nafsu
cemar dgn laku..

kau hanya
setan yg dua..
konon takut amanah
mati dihumban neraka
konon alim ulama..

jika mahu bersongkok
jgn cemari kaum ku
wahai setan yg dua..

Sunday, November 15, 2009

merpati

entah dimana
entah kenapa
berbeza kini

ku bkn lagi
rujukan
bkn lagi persinggahan
aku situa
tunggu merpati pulang

merpati situa bebaskan
kau lihat dunia
dulu disangkar ku..
kini didepan mu..

merpati jemu kan situa?
ya kau jemu..
jemu dgn tali yg membelit
tali yg membarut jiwa

pergilah merpati
terbanglah tinggi

jgn dikau rebah
sembah bumi
jgn kau termakan
kata dusta

kelak situa berduka
sesal tali dilepaskan
sesal cinta situa

Wednesday, November 11, 2009

awal&akhir

mesin masa
kembali pada mula
tatkala mata bertembung
hati kaku

hati bicara
ada chenta
ada chenta
ada chenta

mesin masa
rosaklah..
aku mahu ada
di masa lama..

dimana ketika
msih da chenta..

Monday, November 9, 2009

langkah longlai

gerimis pagi.
mengiakan hati.
hati berlaga hati
lagi tercalar.

kau salah
diriku salah
kau duka
diriku duka

aku menghukum
bengong akan situasi.
fikir kan mengerti.
emosi..

aku terperangkap
dalam perangkap sendiri.
berontak
makin tersiat isi hati
tajamnya cengkaman ini

langkah longlai kini
menanti saki baki
namun "hati"
tetap dibawa mati

langkah longlai
aku tggu kau
hulurlah tangan.

Thursday, November 5, 2009

titik noktah hati

mahu saja titik noktahkan hati..
biar ia berlalu sepi..
siapa diri tuk dipuja..

katanya pukul hati
sekuat letup bima sakti.
diri bukan anak setan..
benihnya manusia..

cukuplah..
pasangkan angan
tidak menjadi
bangkitlah pagi
pijak dunia realiti.

chenta

chenta - masshitah binti mohamad

hadir ketika kecil..
tanpa perasaan..
tanpa paksaan..


ya chenta..
wujudnya bukan kerana kata
kerana rindu
rinduku
rindunya


pisahkan jgn..
x terdaya aku..
chenta beri ku nyawa..
chenta beri ku harap..
chenta beri chenta yg satu..
padaku saja..

tiada gantinya chenta..
hilang nya..
lesaplah
hancurlah
diri punahlah..

bisikan durjana..
iman nipis pada amarah
chenta menahan duka..
chenta terluka..

kasih..
sayang...
merawat duka luka..

chenta kekal lah..
chenta teguh lah..
chenta datanglah..

hatiku pada chenta
kepingin rampas chenta..
buat milik selamanya..
pada Illahi ku pinta..
peliharalah chenta...




panjat lagi..

jatuh...
panjat lagi...
jatuh istilah sakit
jatuh istilah tewas
jatuh istilah gagal..

panjat lagi..
kau bukan sendiri
pekik kuatkan ati
ya kau emosi
tp biarkan ia begitu..

panjat lagi..
tujuannya puncak
pasti berliku
itu ujian Illahi
ujian iman
ujian insan

panjat lagi..
jgn berhenti
jgn berhenti
jgn berhenti

tolong
panjat lagi..